Advertisement

SEARCH WITH GOOGLE

Custom Search

Mar 4, 2009

Jonas Brothers Being Desperate?!!

This post is as a respond to the post by www.hecklerspray.com. Post entitled:

"Jonas Brothers Topless In 3D Movie: All 12-Year-Old Girls Have Just Exploded"

The Jonas Brothers being so desperate to promote their Movie after The Jonas Brothers Concert 3D had been outperformed by "Madea" last week. They used any methods to attract people to watch this ridiculous movie including being topless in front of the camera.

The truth about this unrealistic movie is, they never learn that people went to the concert to have the concert beat, the "LETS HAVE PARTY" feeling. We cannot get that in a theater, am I right?

being topless is not workin', how about being naked? Wee....

INDUSTRI PERFILEMAN MALAYSIA


Sorry folks...today's post will be in Malay Language (A Special Post).

Industri Perfileman Malaysia, Ke Mana Arah Tuju?

Saya telah lama memerhatikan Industri Perfileman Tanah Air, Malaysia ku yang tercinta. Industri Perfileman Negara tidak harus dipandang ringan oleh semua pihak, kerana industri ini sahaja yang mampu menjadi jambatan penghubung negara kita dengan negara luar. Lihat sahaja Negara Amerika Syarikat yang menggunakan industri perfileman negaranya sebagai saluran untuk menyampaikan agenda negara, melebarkan sayap pengaruh psikologinya secara sedar atau tidak sedar, langsung atau tidak langsung. Dalam diam, kita secara tidak sedar menerima peradaban negara mereka lebih berbanding negara kita sendiri. Jika digunapakai strategi seumpama ini, maka negara kita juga mampu melakukan hal yang sama. Melebarkan sayap Malaysia ke pengaruh antarabangsa.

Namun, tidak banyak filem hasilan negara kita yang layak diberikan kredit dari segi mutu penghasilan, kualiti lakonan dan sebagainya. Sepanjang beberapa tahun, cuma terdapat 2, 3 filem sahaja yang saya rasa layak untuk diberikan anugerah. Iaitu Filem Pontianak Harum Sundal Malam dan Sepet. Namun sepet perlu dilakukan lebih banyak penghalusan. Kurangkan kepura-puraan dalam lakonan. Ya! Masalah utama pelakon negara kita, Pelakon tidak dapat menjiwai watak sepenuhnya. Maka, tampaklah kepura-puraan dalam lakonan. Penonton semakin dewasa, tahu berfikir, satu pembaziran wang jika melihat filem-filem seumpama ini, dengan pelakon-pelakon seumpama ini di panggung-panggung wayang.

Banyak lagi filem hasilan negara kita cuma sebagai mainan penerbit, cuma sebagai wadah mengaut untung. Lakonan Era Fazira, Yusri, Apek dan pelbagai lagi nama-nama pelakon tanah air yang berlakon dalam pelbagai filem tempatan cuma berlakon separuh hati dan lakonan mereka tidak sampai ke hati penonton. Berlakon cuma atas dasar bayaran. Janagn panggil diri anak seni jika mata masih kelabu...perjuangkan filem kita seperti mana tokoh-tokoh filem terdahulu. Menanam jiwa di dalam lakonan. Bila dapat utamakan ini terlebih dahulu, maka hal tentang wang tidak akan menjadi masalah. Apa yang penting, minat terhadap apa yang sedang dikerjakan.

Filem Cicak Man sebagai contoh, Apek terpilih sebagai watak utama kerana pada ketika itu, Apek merupakan salah seorang pelakon yang sedang mendapat nama, namun jelas Apek tidak sesuai untuk watak tersebut. Bukan tidak sesuai atas dasar kapasiti bakat Apek, namun kategori Apek sebagai pelakon pelawak menyebabkannya tidak sesuai memegang watak terbabit. Maka kelihatanlah filem badut yang meminta simpati penonton untuk ketawa. Benar apa yang saya katakan...Cuba renungkan sebelum anda meningkah...Penerbit, Pengarah atau pihak terlibat harus bijak membuat pemilihan pelakon. Bukan cuma atas dasar "pelakon sedang top".

Demikian juga ketika zaman Erra Fazira, beliau akan kelihatan dalam beberapa buah filem dalam masa setahun, di mana kualiti lakonannya? Ke laut? Jika kita lihat filem-filem barat, mereka merancang membangunkan sesebuah filem 3 atau 4 tahun lebih awal. persediaannya sahaja laksana pelaksanaan projek mega kontraktor. Pelakonnya terikat dengan filem yang satu, berusaha untuk mendalami watak. Tidak hairanlah kualitinya tampak berbeza. Saya percaya, masih ramai yang berbakat diluar sana...Bakat nyanyian acapkali kita cungkil, mengapa tidak dengan bakat lakonan. Kami muak dengan pelakon yang sama...timbulkan variasi.

Saya lebih gemar untuk melihat pelakon-pelakon veteran tanah air, seperti Khatijah Tan, Fauziah Nawi dan beberapa nama lagi; mutu lakonan dan variasi dalam lakonan jelas kelihatan dari satu filem ke filem yang lain. Mereka inilah yang layak diberikan anugerah Pelakon Terbaik dalam FFM atau anugerah-anugerah yang lain.

Pelakon-pelakon Malaysia yang lain cuma mendapat nama melalui kontroversi. Melenting apabila diberikan komentar membina (mungkin anda akan melihat lentingan mereka selepas membaca paparan blog ini).

Antara isu lain di dalam penghasilan Filem Malaysia yang berkualiti adalah penentuan plot ceritanya. Malaysia masih kekurangan bakat penulisan layar cerita. Lihat saja filem lakonan Rita Rudaini, Mendam Berahi...plot cerita yang amat memalukan dengan tag line pemasaran "Filem Terhebat...". Maaf saya dahului, tapi ini suatu realiti yang boleh kita renung bersama untuk lebih maju kehadapan. Tidak dapat menghasilkan plot cerita yang baik bukan satu alasan untuk tidak menghasilkan filem yang baik, penulis-penulis Malaysia yang amat berbakat masih ada seperti A.Samad Said. Mengapa tidak digunakan saja karangan beliau seperti Salina dalam menghasilkan filem-filem bermutu dengan layar cerita yang terpandu, cuma memerlukan sedikit olahan. Nyata, kebanyakan filem yang dihasilkan tika ini merupakan filem-filem hasil garapan daripada penulis-penulis novel terkemuka. Mengapa tidak kita contohi? Kita juga punya tokoh karyawan yang hebat...hebat berbanding yang lain pada pandangan saya. Menghasilkan filem yang baik bukan cuma perlu menggunakan teknologi yang canggih seperti CGI dan pelbagai contoh yang baik. Filem berkenaan masyarakat sekitar, dunia realiti sudah cukup memadai...apa yang penting, emosi daripada filem terbabit dapat dirasai oleh penonton...seperti Paloh, kesanan emosi yang cukup baik. Rosyam Nor mampu menjiwai watak dengan seeloknya. Namun agak berat bagi tontonan semua.

Terdapat juga isu Penerbit Malaysia kurang dapat menghasilkan Filem-filem berbajet tinggi kerana khuatir ketiadaan sambutan penonton jika pun diterbitkan. Pulangan tidak dapat diperolehi. Takut akan kerugian :..."saya puji Filem Puteri Gunung Ledang. Demi untuk memartabatkan filem dengan acuan Malaysia, belanja bukan menjadi ukuran. Cuma garapan terakhir ketika titik pertarungan M.Nasir mejadi kesilapan dalam filem ini. Daripada keadaan yang realistik menjadi pertarungan keanak-anakan. "- Ini masalahnya, sebab kita cuma berfikir pasaran filem kita cuma dalam negara, tidak terfikir untuk memasarkannya diluar negara. Jika sekali terfikir untuk menjangkaui lebih daripada pasaran sedia ada, maka hasilnya akan lebih mantap...kita akan berusaha untuk meghasilkan filem yang bukan cuma mendapat sambutan menggalakkan di dalam negara, walhal di luar negara sekali pun. Memenuhi setiap sensitiviti yang dikehendaki penonton.

Terdapat pelbagai lagi permasalahan dalam pemasaran yang dapat diselesaikan. Di Amerika contohnya dan beberapa negara barat yang lain termasuk Bollywood, rakyatnya tidak semestinya berada di panggung-panggung wayang untuk melihat filem-filem terbaru, terdapat pelbagai perkhidmatan yang menawarkan penayangan filem-filem baru ke komputer atau ke kaca television pada tarikh sama filem dilancarkan dipanggung melalui perkhidmatan yang dikenali sebagai Movie On Demand; dengan harga yang cukup rendah, cuma US$1.99 selama seminggu penayangan. Kita mempunyai Astro dan TmNet yang mampu membantu menjayakan teknik pemasaran seumpama ini. Maka gunakan...permudahkan penonton untuk melanggan. perbanyakkan cabang dan agen. Ini secara langsung menutup peluang Mat Cetak Rompak, kadar permintaan berkurangan kerana berjaya dipenuhi, maka bekalan dipasaran kurang mendapat sambutan.

Banyak lagi program-program lain TV yang disiarkan di television cuma duplikasi daripada rancangan-rancangan luar negara yang lain. Di mana kreativiti penerbit-penerbit kita? mengapa cuma mengikut? Aznil patut diberikan pujian kerana melahirkan program TV dengan Identiti sendiri. Jika diberikan peluang, mungkin Aznil mampu menghasilkan filem yang baik.

Negara kita seharusnya telah mempunyai akademi lakonan yang memberi latihan lakonan seiring dengan kurikulum sekolah-sekolah Malaysia, yang dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat yang berminat terhadap bidang lakonan. Kita telah punya akademi sukan, akademi tarian dan pelbagai lagi akademi yang lain, mengapa tidak Akademi Lakonan peringkat negara diwujudkan? Melalui akademi ini diharapkan dapatlah negara kita menghasilkan bakat-bakat lakonan yang bermutu, meliputi pelbagai bangsa dan lapisan umur. Dengan ini peluang dalam bidang lakonan terbuka kepada semua lapisan masyarakat untuk mendapat peluang menjadi pelakon. Selain daripada itu, ia juga menyediakan kolam bekalan pelakon kepada Industri Perfileman Negara.

Melalui komentar-komentar yang diberikan adalah diharapkan Industri Perfileman Negara Maju 5 tapak kehadapan. Saya memohon maaf jika komentar yang diberikan agak menyentuh sentimen peribadi, namun ia merupakan contoh-contoh relevan yang terbaik untuk kita renungkan. Saya sentiasa berharap; mungkin bukan saya cuma, namun seluruh rakyat Malaysia- untuk melihat industri filem kita mencipta nama di persada antarabangsa. Sekian

Select Your Movie On Demand Preview, Only From Amazon.com

Advertyze.com | Free Opt-In Email System

Technorati and Google Ranking